DULUTH 21 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan bahawa Korea Utara sudah memulangkan 200 mayat anggota tentera AS yang dilaporkan hilang ketika Perang Korea. Namun, tiada pengesahan rasmi mengenainya daripada pihak berkuasa tentera kedua-dua negara. “Kita sudah mendapat kembali wira-wira kita yang hebat, mayat mereka akan dibawa pulang hari ini, kira-kira 200 sudah dihantar balik,” kata Trump kepada penyokongnya dalam satu perhimpunan di sini. Sementara itu, pada…










