Koperal lepas lima das tembakan - Utusan Malaysia

Koperal lepas lima das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat koperal yang dipercayai mabuk ditahan selepas melepaskan lima das tembakan semasa berhibur di sebuah pusat karaoke di Brem Mall, Kepong di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak itu dikatakan melepaskan tembakan tersebut selepas tercetus pergaduhan antara seorang rakannya dan sekumpulan lelaki lain di pusat hiburan tersebut.

Satu sumber memberitahu, pergaduhan di pusat hiburan itu tercetus selepas empat lelaki lain memasuki bilik karaoke yang ditempah anggota polis itu dan rakan-rakannya.

“Salah seorang daripada empat lelaki itu kemudian menumbuk salah seorang rakan kepada anggota polis berkenaan,” kata sumber itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN