Kontrak HSS RM289.9j bagi MRT3 ditamatkan - Utusan Malaysia

Kontrak HSS RM289.9j bagi MRT3 ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jun – Kontrak HSS Engineers Bhd. (HSS) sebagai Jurutera Perunding Bebas (ICE) bernilai RM289.9 juta untuk projek Laluan 3 MRT (MRT3) ditamatkan oleh Mass Rapid Transit Corp. Sdn. Bhd. (MRT Corp.)

logo hss
 

Menurut HSS, notis penamatan itu dibuat berikutan keputusan kerajaan membatalkan projek berkenaan minggu lalu.

“Bagaimanapun, keputusan ini dijangka tidak memberi kesan ketara kepada operasi dan kewangan syarikat memandangkan ia baru di peringkat permulaan.

“Ia akan diberi pampasan bersesuaian dengan syarat dan terma kontrak,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

April lalu, MRT Corp melantik syarikat sekutu HSS iaitu HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) sebagai ICE bagi MRT3 dan kerja-kerja sudah bermula pada 6 Mac 2018 menerusi penugasan rentas pekerja daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Selain MRT3, kerajaan pada minggu lalu turut membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dianggarkan menelan kos RM110 bilion.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatkan keputusan kerajaan untuk membatalkan projek MRT3 adalah wajar tetapi berharap, projek yang dianggarkan menelan kos per­belanjaan RM40 bilion sehingga RM50 bilion itu perlu diteruskan pada masa hadapan.

MRT3 yang sepatutnya ber­operasi pada 2027 akan melalui kawasan berkapasiti tinggi sekitar Greater KL yang menghubungkan lebih banyak stesen sedia ada bagi melengkapkan jaringan pengangkutan awam di ibu negara termasuk rangkaian stesen daripada perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorel serta jajaran MRT1 dan MRT2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN