SUDAH 29 hari kita diperintah oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Alhamdulillah. Malaysia masih aman dan rakyat bebas melakukan segala aktiviti harian seperti biasa. Sehingga kini, hal-hal berkaitan Islam dan institusi raja masih terpelihara meskipun ada segelintir pihak cuba untuk menakut-nakutkan rakyat. Banyak perkara cuba dilakukan oleh kerajaan PH untuk memperbetulkan pentadbiran negara sebaik memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. Namun, tidak semuanya mendapat sokongan penuh daripada rakyat…










