KLVC: Kertas siasatan pindah milik tanah Felda dihantar kepada pendakwa raya - Utusan Malaysia

KLVC: Kertas siasatan pindah milik tanah Felda dihantar kepada pendakwa raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemindahan lot tanah projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) milik Felda di Jalan Semarak di sini telah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan telah serahkan untuk tindakan susulan.

“Kami sudah serahkan kertas siasatan kepada pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kontroversi membabitkan ta­nah Felda berlaku apabila agensi tersebut dikatakan berisiko kehilangan tanah miliknya di Jalan Semarak menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak tahun 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan kuasa wakil penuh (PA) bagi membangunkan projek di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, Felda berjaya memiliki kembali 16 lot tanah di Jalan Semarak setelah menandatangani memorandum persefahaman dengan pemaju KLVC iaitu Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB). – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN