KUALA LUMPUR 3 Jun – Kementerian Pendidikan telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan seorang guru memuat naik kenyataan berbaur fitnah mengenai proses pertukaran guru di laman sosial sehingga menyebabkan imej pegawai-pegawai di kementerian tersebut terjejas.
![]() |
|
|
Menerusi kenyataan akhbar, kementerian itu menjelaskan, tindakan itu diambil bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terperinci terhadap guru berkenaan yang membuat tuduhan mengenai proses pertukaran guru sehingga menjadi tular di laman sosial.
“Kita telah menggerakkan satu siasatan dalaman berkaitan isu ini. Bagi guru yang mahu memohon pertukaran, mereka perlu berhubung secara secara terus dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan tidak ada unsur penipuan berlaku,” ujar kenyataan tersebut.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan menegaskan terdapat tiga kriteria utama untuk proses pertukaran guru diluluskan iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di kawasan yang dipohon. – UTUSAN ONLINE











