Keluarkan belerang mercun bola, kanak-kanak 10 tahun melecur - Utusan Malaysia

Keluarkan belerang mercun bola, kanak-kanak 10 tahun melecur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Gara-gara mengeluarkan belerang mercun bola sebelum membakarnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun melecur di bahagian muka dan jari kanannya apabila ia meletup. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam itu, mangsa, Muhammad Haziq Hasrizam, 10, dari Kampung Pantai Belimbing, Alor Gajah dekat sini mendakwa dia terjumpa mercun berkenaan ketika bermain seorang diri.

Bapa mangsa, Hasrizam Hasan, 36, berkata, pada mulanya anak ketiga daripada lima beradik itu cuba menyembunyikan kemalangan yang menimpanya dengan menahan sakit kerana takut dimarahi keluarga.

“Namun, isteri saya menyedari perkara itu dan terus menghubungi saya yang sedang bekerja. Kemudian kami membawa Muhammad Haziq ke Hospital Alor Gajah dan doktor memindahkan kes ke Hospital Melaka untuk rawatan di Unit Melecur.

“Doktor beritahu keadaannya kini stabil dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Melaka di sini, hari ini.

Turut melawat mangsa ialah Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal, Mohd. Sofi Abdul Wahab.

Mohd. Sofi mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan mengambil iktibar kes-kes kemalangan akibat mercun yang sering dilaporkan semasa sambutan Aidilfitri. K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN