AMAL. Seramai 150 ahli Kelab Lancer GT Malaysia (LGTC) bersama ahli keluarga masing-masing menjalankan kerja amal dengan mengedarkan sumbangan barangan keperluan kepada golongan gelandangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini. Presiden LGTC, Mohd. Hairul Nizam berkata, ahli kelab berkenaan turut mengedarkan sumbangan buku dan alat tulis kepada anak-anak gelandangan tersebut. Katanya, program itu diadakan bagi membantu meringankan beban golongan tersebut dan memberikan peluang kepada ahli kelab LGTC untuk…










