Kanak-kanak dijadikan korban beramai-ramai 600 tahun lalu - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dijadikan korban beramai-ramai 600 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WILAYAH TRUJILLO, Peru – Sekumpulan penyelidik menjumpai 56 rangka kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa korban satu upacara ritual tamadun purba Chimu di bandar Huanchaco di sini baru-baru ini.

Kanak-kanak yang masih belum diketahui jantina mereka itu dikebumikan bersama 30 ekor llama. Amalan itu dipercayai dilakukan untuk menghindari hujan lebat dan banjir yang dibawa oleh fenomena perubahan cuaca yang mana ia mengakibatkan kemusnahan di wilayah berkenaan kira-kira 600 tahun lalu.

Kumpulan pengkaji yang menemui kubur purba itu pada bulan Mei lalu menganggarkan kesemua mangsa berumur antara 11 hingga 14 tahun itu dan dikebumikan antara 1200 dan 1400 Tahun Masihi. Saintis masih menjalankan ujian untuk mengenal pasti menyiasat punca kematian sebenar.

Ahli arkeologi menyatakan bahawa penemuan beberapa kubur menjadikan Huanchaco sebagai ‘salah sebuah lokasi pengorbanan manusia yang belum pernah berlaku dalam sejarah dunia’.

Pengarah Program Arkeologi Huanchaco, Dr. Gabriel Prieto Burmester memberitahu portal berita Peru, El Comercio: “Tiada tempat lain di planet ini yang mempunyai begitu banyak kubur seperti ini (kanak-kanak yang dijadikan korban).” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN