Jangan beri alasan tiada bonus kepada peneroka Felda, Felcra - Utusan Malaysia

Jangan beri alasan tiada bonus kepada peneroka Felda, Felcra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jun – UMNO mendesak Kerajaan Pakatan Harapan supaya jangan menjadikan isu hutang negara sebanyak RM1 trilion sebagai alasan tidak memberikan bantuan hari raya kepada kumpulan yang sering mendapat manfaat itu daripada kerajaan terdahulu.

Menurut Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO, pemberian bantuan khas raya yang tidak menyeluruh kepada kakitangan awam telah membuatkan warga peneroka Felda dan peserta Felcra kini resah menantikan sama ada mereka berpeluang menerima bayaran saguhati hari raya atau sebaliknya.

UMNO turut mempersoalkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyatakan ekonomi Malaysia kukuh tetapi pada hari berikutnya apabila ditanya mengenai pembayaran bonus hari raya untuk penjawat awam, beliau memberikan alasan bahawa ekonomi negara lemah.

“Beliau memberi alasan bahawa ekonomi kita lemah dan akan mempertimbangkan pembayaran bonus hari raya hanya untuk penjawat awam yang bergaji rendah.

“UMNO menegaskan Kerajaan Pakatan Harapan tidak perlu lagi menggunakan “hutang negara” yang diuar-uarkan angkanya sebanyak RM 1 trilion sebagai alasan tidak membayar kepada para peneroka Felda dan peserta Felcra yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” menurut parti itu dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN