Isu Peguam Negara: Raja-Raja Melayu berbincang Selasa ini - Utusan Malaysia

Isu Peguam Negara: Raja-Raja Melayu berbincang Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Raja-Raja Melayu akan mengadakan perbincangan khas berhubung isu Peguam Negara di Istana Negara pada Selasa ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, warkah persilaan telah dikeluarkan pada Jumaat lalu kepada Raja-Raja Melayu untuk mengadakan perbincangan khas itu.

“Ketika ini, Putrajaya dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang dan calon penggantinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan isu tersebut dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini