KUALA LUMPUR 19 Jun – Kadar inflasi Malaysia bagi Mei dijangka meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.4 peratus pada April, terutama disebabkan kenaikan harga bahan api runcit yang lebih pantas, kata RAM Rating Services Bhd. Peningkatan inflasi bahan api runcit sebanyak 5.1 peratus pada Mei, berbanding penguncupan 0.3 peratus pada April, sebahagian besarnya disebabkan kesan asas yang rendah. Pada Mei 2017, purata harga bahan api RON 95 jauh lebih rendah…










