MENAWARKAN kira-kira 200 jenama fesyen, platform membeli-belah secara dalam talian, Hijup yang diasaskan di Indonesia kini melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan membuka cawangan antarabangsa pertama di Damansara baru-baru ini. Selain beroperasi secara jualan maya di www.hijup.com, pembukaan butik Hijup yang terletak di pusat beli-belah The Curve Mutiara Damansara akan membolehkan penggemar fesyen rekaan dari negara itu yang bernaung di bawah platform Hijup merasai sendiri resapan cita rasa berfesyen dari negara…










