Harga lebih murah di pasar tani - Utusan Malaysia

Harga lebih murah di pasar tani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan harga barangan keperluan dan makanan yang dijual di 732 pasar tani seluruh negara sepanjang musim perayaan Aidilfitri adalah berpatutan dan kompetitif.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, selain itu, pihaknya turut memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan dan makanan juga mencukupi sepanjang tempoh tersebut.

“Sepanjang tempoh seminggu ini (bermula 8 Jun sehingga 14 Jun), kita akan mengadakan jualan khas untuk memudahkan pengguna mendapatkan barangan ke­perluan sempena menyambut hari raya di 732 pasar tani.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan cara ini, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan kerana barangan pasar tani termasuk ayam, daging, ikan dan sayur yang ditawarkan jauh lebih segar dan dijual dengan harga antara lima hingga 20 peratus lebih murah berbanding pasar raya, pasar besar dan kedai runcit,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini