HIKING and Camping Around Malaysia (Hacam) mewujudkan satu pangkalan data khas bagi memastikan peminat aktiviti mendaki mendapat maklumat yang tepat selain mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Pengasasnya, Mohamad Abdul Rahman berkata, usaha tersebut turut bertujuan membantu peminat sukan mendaki mendapatkan khidmat gogo yang boleh dipercayai, berlesen dan bertauliah sekali gus membendung kegiatan gogo lipak. “Masih ada yang menggunakan khidmat individu tidak dikenali sebagai gogo tanpa mengetahui latar…










