FAMA sasar RM4 juta nilai jualan Bazar Aidilfitri - Utusan Malaysia

FAMA sasar RM4 juta nilai jualan Bazar Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 10 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jumlah jualan di Bazar Industri Asas Tani (IAT) Aidilfitri pada tahun ini meningkat kepada RM4 juta berbanding RM3.2 juta pada tahun lalu.

Pengarah Kanan Industri Asas Tani FAMA, Che Ghani Che Wan berkata, sasaran berkenaan mampu dicapai berdasarkan kepada sambutan masyarakat dan penyertaan usahawan industri kecil dan sederhana yang bertambah kepada 745 orang berbanding 700 orang pada tahun lalu.

“Seperti tahun lalu, kali ini kita menyediakan sebanyak 49 lokasi di seluruh negara termasuk enam lokasi di Pahang bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk secara langsung sempena Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya dengan sambutan yang menggalakkan nilai jualan pada kali ini mampu ditingkatkan sekali gus membantu peniaga memasarkan produk mereka dengan berkesan,” katanya dalam sidang akhbar majlis pelancaran Bazar Industri Asas Tani Aidilfitri FAMA di Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh di sini, semalam.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir dan Pengarah FAMA negeri, Rosli Auda.

Menurut Che Ghani, Bazar IAT Aidilfitri yang mula dilaksanakan pada 2011 amat signifikan dalam membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka secara terus kepada pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini