Econsave Bera sumbang baucar RM200 - Utusan Malaysia

Econsave Bera sumbang baucar RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA 10 Jun – Pasar raya terkenal, Econsave tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban golongan sasar sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pasar raya berkenaan hari ini menyalurkan sumbangan barangan keperluan kepada 30 orang golongan kurang berkemampuan.

Pengurus Cawangan Econsave Triang, Kamaruddin Ngah Ibrahim berkata, sumba­ngan dengan nilai keseluruhan RM6,000 itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui sumbangan ini, kita memberi baucar bernilai RM200 kepada setiap penerima yang layak bagi membolehkan mereka membeli barangan ke­perluan.

“Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dan keluarga dan sama-sama gembira dalam menyambut hari raya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut kepada golongan memerlukan bantuan di Econsave Triang di sini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang, Leong Yu Man dan Pegawai JKN Bera, Erliyani Abdul Hak.

Menurut Kamaruddin, Econsave yang menawarkan harga terendah sentiasa memberi keutamaan kepada program CSR bagi membantu masyarakat setempat.

Katanya, meskipun baru dibuka Mac lalu, Econsave Triang telah melaksanakan tiga program CSR melibatkan peruntukan kira-kira RM8,000.

Dalam pada itu, seorang penerima, Aziah Abd. Aziz, 44, berkata, sumbangan yang diberikan oleh Econsave membantu meringankan bebannya sekeluarga dalam menyambut 1 Syawal.

“Saya berterima kasih kepada Econsave atas sumbangan ini yang mana dalam keadaan pendapatan tidak menentu pada masa ini, ia amat membantu saya untuk membuat persediaan menyambut hari raya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini