KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Johor atas kemangkatan Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah semalam. Almarhumah ialah bonda kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. “Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah dan ditempatkan oleh Allah SWT dalam kalangan para aulia, syuhada dan solihin,” katanya dalam kenyataan. Hajah Khalsom, 83, mangkat pada pukul 7.55 malam (waktu London) di Hospital King Edward VII, London, semalam. Jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya