Calon tewas ikrar bantu UMNO - Utusan Malaysia

Calon tewas ikrar bantu UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO sesi 2018-2021 bersedia menawarkan diri membantu Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam usaha memulihkan semula parti itu.

Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro yang tewas dalam pemilihan merebut jawatan tersebut semalam juga sempat menzahirkan ucapan tahniah kepada rakan seperjuangannya itu.

Dalam pengumuman keputusan pemilihan sayap-sayap Pemuda UMNO semalam, Khairul Azwan menduduki tempat kedua dalam merebut jawatan tersebut selepas dikalahkan pencabarnya Asy­raf.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pagi ini (semalam) saya telah mengucapkan tahniah kepada sahabat lama dan rakan seperjuangan, Asyraf atas kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO.

“Justeru, saya menawarkan diri untuk sentiasa membantu kepimpinan beliau dan Pemuda UMNO dalam memasuki era pemulihan dan pembaharuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini