PADANG BESAR – Kegiatan seorang bapa dan anak lelakinya menjual barangan seludup seperti rokok, makanan dan ubat batuk yang beroperasi di sebuah rumah di sini gagal mengaburi pegawai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis. Komander Aksem Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 dan 53 tahun itu ditahan di kediaman mereka yang dijadikan kedai runcit mini itu kira-kira pukul 5 petang semalam hasil risikan lebih…









