Badriah pernah makan - Utusan Malaysia

Badriah pernah makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI muzik dangdut di Indonesia terus meletup dengan kewujudan karya-karya tersohor. Boleh dikatakan setiap masa dipenuhi dengan wajah-wajah penyanyi baru yang mempunyai aura tersendiri. Terbaru nama penyanyi dangdut, Siti Badriah semakin mendapat tempat di hati pendengar dangdut bukan sahaja di Indonesia malah semakin di kenali di Malaysia.

Baru sahaja memperkenalkan single terbaru berjudul Lagi Syantik pada Mac lalu, penyanyi dangdut berusia 26 tahun ini dikatakan mampu menyaingi nama-nama besar seperti Ayu Ting Ting dan Via Vallen serta beberapa penyanyi lain hanya dalam masa yang agak singkat.

Kini video Lagi Syantik nyanyiannya sudah pun dilayari oleh hampir 75 juta pendengar dan angka tersebut merupakan satu jumlah besar bagi penyanyi baru sepertinya. Malah lagu tersebut juga kini menjadi trending di Malaysia apabila turut dinyanyikan oleh artis-artis popular.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Siti, dia tidak pernah menyangka singlenya itu diterima ramai dan sekelip mata namanya mula menjadi perhatian di dalam dan juga di luar negara. Bangga dengan pencapaian yang diraih dia bagaimanapun menganggap semua itu adalah rezeki buat dirinya dan keluarga.

Sebelum berada pada tahap ini, Siti sekeluarga pernah berdepan dengan dugaan dan terpaksa menikmati nasi berlaukkan garam gara-gara ditipu semata-mata ingin menghasilkan album. Gara-gara pihak yang tidak bertanggungjawab itu juga dia dan ahli keluarganya terpaksa menggadaikan harta-harta yang ada.

“Itu merupakan satu pengalaman ngeri yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Kami bukanlah berasal daripada keluarga berduit. Ayah pernah kerugian RM29,000 kerana ingin melihat saya berjaya sebagai penyanyi. Pengorbanan tersebut tak mampu saya balas.

“Selepas ditipu, saya pernah terfikir untuk pulang ke kampung sahaja dan menjadi penyanyi dangdut di sana namun mujurlah diberi peluang untuk merakamkan lagu Lagi Syantik. Dengan kehebatan lagu ini, Alhamdulillah akhirnya keperitan dalam bidang seni seakan terbayar,” ujarnya yang sudah berada dalam industri hiburan sejak empat tahun yang lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini