AS teruskan sekatan - Utusan Malaysia

AS teruskan sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 23 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meng­umumkan satu tindakan yang menimbulkan keraguan dan persoalan banyak pihak dengan memperbaharui sekatan ke atas Korea Utara kerana Pyongyang dikatakan masih lagi memberi ‘ancaman luar biasa’.

Sekatan itu diumumkan 10 hari selepas Trump menyatakan Korea Utara tidak lagi memberikan ancaman susulan kejayaan sidang kemuncak antara kedua-dua negara di Singapura pada awal bulan ini.

“Kewujudan dan risiko pe­ningkatan senjata yang boleh digunakan di Semenanjung Korea dan tindakan serta dasar kerajaan Korea Utara terus mencetuskan ancaman luar biasa kepada keselamatan negara, dasar luar dan ekonomi AS.

“Saya akan meneruskan langkah ‘kecemasan negara’ selama satu tahun sebagai tanda hormat kepada Korea Utara,” jelas Trump dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh White House.

Menurut De­mok­rat, langkah terbaharu Trump itu jelas sekali bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau pada 13 Jun lalu.

“Kenyataan daripada pentadbiran Trump sendiri tidak sama de­ngan apa yang dinyatakan oleh beliau pada beberapa minggu lalu.

“Kita harus menyelesaikan run­dingan ini dengan lebih serius. Menyebut masalah Korea Utara sudah selesai, tidak membawa sebarang makna,” kata anggota tertinggi Demokrat, Chuck Schumer.

Menerusi kenya­taan dimuat naik oleh Trump di laman Twitter rasminya, beliau kelihatan gembira kerana sidang kemuncak antara AS dan Korea Utara berjalan lancar.

Sementara itu, Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, sekatan terhadap Pyongyang akan kekal selagi rundingan terhadap senjata nuklear Korea Utara masih berjalan.

Langkah berkenaan diumumkan selepas AS dan Korea Selatan membatalkan dua latihan ketenteraan bagi memberi sokongan terhadap rundingan diplomatik kedua-dua negara.

Trump juga berjanji untuk menamatkan latihan yang dijalankan setiap tahun bersama Seoul ketika sidang kemuncak antara Korea Uta­ra, sambil menyifatkan perkara itu adalah ‘provokatif’ dan ‘mahal’.

Tindakan terbabit turut mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini AS menegaskan latihan itu adalah kunci kepada pakatan ketenteraan dengan Seoul. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN