ADEN 13 Jun – Tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi hari ini mula menggempur bandar pelabuhan utama Yemen, Hodeidah yang dikuasai militan Houthi selepas kumpulan pemberontak itu mengabaikan tarikh akhir buat kumpulan itu berundur. Kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dalam satu kenyataan berkata, jet pejuang dan kapal perang tentera perikatan melancarkan serangan ke atas kubu Houthi bagi menyokong serangan darat oleh tentera Yemen di selatan pelabuhan Laut Merah itu.…










