Ambil langkah segera atasi KWSP terus rugi - Utusan Malaysia

Ambil langkah segera atasi KWSP terus rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kerajaan perlu mengambil langkah pemulihan segera bagi mengatasi kerugian pelaburan yang dialami Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengelakkan agensi tersebut mengalami kerugian yang boleh menjejaskan pulangan dividen untuk pencarum.

ahmed razman
ahmed razman

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, penurunan nilai saham syarikat utama yang menjejaskan pelaburan KWSP sekiranya berlanjutan sehingga beberapa bulan akan memberi kesan terhadap pelaburan jangka panjang agensi itu dan menyebabkan keuntungannya terjejas.

“Setakat ini, kerugian yang dialami masih belum menjejaskan pelaburan jangka panjang KWSP, namun sekiranya berterusan da­lam masa beberapa bulan, ia akan memberi gambaran bahawa syarikat mempunyai masalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara ini menyebabkan ke­yakinan pelabur hilang dan keuntungan syarikat juga terjejas, seterusnya memberi kesan kepada pulangan dividen untuk pencarum,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razman ber­kata, kerajaan perlu mengembalikan keyakinan pelabur dengan menyelesaikan skandal kewangan yang didedahkan dengan segera dan menjelaskan polisi kewangan negara kepada pelabur asing.

yeah kim leng
yeah kim leng

Sementara itu, pensyarah eko­nomi Universiti Sunway, Dr. Yeah Kim Leng tidak menafikan kerugian tersebut adalah disebabkan beberapa siri pengumuman kerajaan tentang penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu, selain keputusan mendadak kerajaan ber­kenaan beberapa projek mega.

Menurutnya, pengumuman ter­sebut mewujudkan ketidaktentuan berkenaan kedudukan fiskal negara, lalu menjejaskan keyakinan pelabur, terutamanya pelabur asing.

“Untuk mengelakkan kesan ber­panjangan, setiap pendedahan yang dilakukan kerajaan perlu disusuli dengan penjelasan yang cukup supaya pelabur asing dapat menilai risiko dalam pelaburan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini