KUALA LUMPUR 17 Jun – Sebanyak tujuh borang pencalonan diterima oleh UMNO bagi merebut jawatan Presiden parti selepas tempoh menghantar borang pencalonan ditutup pada pukul 5 petang tadi. Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh bagaimanapun berkata, sama ada ketujuh-tujuh calon itu layak bertanding atau tidak hanya dapat diketahui esok selepas penilaian dilakukan mengikut kriteria Perlembagaan UMNO serta tapisan Jabatan Insolvensi. Beliau bagaimanapun berkata, ia menyaksikan borang pencalonan terbanyak…










