7 calon Presiden UMNO - Utusan Malaysia

7 calon Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bahang persaingan me­rebut jawatan Presiden UMNO semakin memuncak apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyertai langkah Pemang­ku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan pada pemilihan parti pada 30 Jun ini.

Selain tiga tokoh terbabit, empat lagi calon yang dikatakan turut menghantar borang pencalonan ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Kota Raja, Rahmat Azim Abdul Aziz; AJK UMNO Bahagian Bangi, Rosile Saat; AJK UMNO Baha­gian Bandar Tun Razak, Moha­med Iqbal Maricair dan AJK UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd. Yusof Musa@Jamaludin.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, tujuh borang pencalonan diterima bagi pemilihan jawatan Presiden UMNO selepas waktu serahan borang tamat pada pukul 5 petang semalam.

Menurut Rauf, saingan tujuh penjuru tersebut merupakan jumlah ter­tinggi dalam sejarah bagi pemilihan jawatan nombor satu parti itu.

“Senarai akhir calon-calon yang layak bertanding bagi semua jawatan yang dipertandingkan akan diumumkan esok (hari ini) oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN