50,000 kad prabayar diedar - Utusan Malaysia

50,000 kad prabayar diedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Paradise Linx Sdn. Bhd. (Paradise Linx) me­nyasarkan pengeluaran 50,000 kad prabayar Visa Khidmat Imigran pada tahun ini, terutamanya kepada individu yang gemar melancong dan bakal jemaaah haji serta umrah.

Paradise Linx merupakan syarikat berkaitan pemasaran dan pengedaran barangan serta perkhidmatan yang beroperasi sejak tahun 2012.

Pengarah Urusannya, Nordin Othman berkata, sejak diperkenalkan dua bulan lalu, sebanyak lebih 2,000 kad prabayar itu telah dijual kepada orang ramai termasuk warga asing yang tinggal di negara ini.

“Antara kelebihan utama kad prabayar tersebut adalah orang ramai tidak perlu mempunyai akaun bank, kemudahan dalam membuat pembayaran barangan serta perkhidmatannya di 29 juta cawangan yang menerima Visa di seluruh dunia, selain boleh digunakan untuk individu yang disenarai hitam.

“Setakat ini, sambutan amat baik diterima, terutamanya bagi mereka yang gemar melancong ke luar negara kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.

“Dengan musim haji yang akan tiba tidak lama lagi, kami juga menjangkakan bakal jemaah turut menggunakannya memandangkan golongan ini menghadapi masalah untuk membawa wang tunai yang banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kos­mo! dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

Menurut Nordin, perkhidmatan kad prabayar tersebut turut memper­kenalkan gaya hidup baharu kepada pelanggan.

Jelasnya, ia juga bakal mengubah kelaziman mereka apabila bertukar daripada konsep membawa wang tunai kepada konsep baharu yang menggunakan kaedah digital sepenuhnya.

“Konsep penggunaan kad prabayar ini sama seperti kad kredit dan kad debit yang boleh digunakan untuk pembelian online, namun pengguna perlu menambah nilai kad ini.

“Had minima penggunaannya pula adalah RM10,000 sehari,” ujarnya.

Pengguna boleh mendapatkan kad prabayar Visa Khidmat Imigran di pejabat Paradise Linx di Setapak di sini dan maklumat lanjut mengenainya, boleh hubungi di talian 018- 789 4001.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN