KUALA TERENGGANU 13 Jun – Sebanyak 4,966 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik di seluruh negeri ini hanya dalam tempoh empat hari Op Selamat 13/2018 sempena perayaan Aidilfitri dilancarkan. Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, jumlah yang dicatatkan sejak Jumaat lalu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1,739 saman berbanding 3,227 saman pada Op Selamat 11/2017. Katanya, saman melibatkan pelbagai kesalahan dengan yang paling banyak adalah memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lalu-lintas.…










