BEIRUT 26 Jun – Tentera Syria meningkatkan kemaraannya di wilayah barat daya negara ini yang dikuasai pemberontak, kemajuan pertama dalam operasi ketenteraan berhampiran Jordan sekali gus memaksa kira-kira 45,000 penduduk berpindah ke kawasan sempadan. Media tempatan Syria melaporkan, tentera Syria telah menguasai bandar Busra al-Harir berhampiran kawasan Laja dan kini sedang meningkatkan kemaraan ke selatan ketika masih belum ada kenyataan daripada kumpulan pemberontak tentang operasi tentera kerajaan. “Kami menjangkakan angka…










