KOTA BHARU 7 Jun – Hampir 3,000 peserta tidak melepaskan peluang menyertai program World #QuranHour (WQH) di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini hari ini. Program yang berlangsung selama satu jam itu diadakan serentak di seluruh dunia bermula pada pukul 12 tengah hari. Turut menyertai acara berkenaan ialah johan qari Tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan 2017, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 20, yang membaca naskah al-Quran Braille. Terdahulu, program…










