KUALA TERENGGANU 8 Jun – Hotel Permai meneruskan tradisi tahunannya dalam menjayakan program satu jam bersama al-Quran, World #QuranHour di sini semalam dengan penyertaan lebih 300 orang, iaitu meningkat berbanding penganjuran lalu. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah dan pusat tahfiz di samping kakitangan syarikat milik kerajaan (GLC), ahli Persatuan Hotel Terengganu, serta masyarakat setempat. Pengurus Besarnya, Noralizan Abd. Rahman berkata, acara dimulakan dengan tadabbur dan bacaan ayat suci al-Quran daripada…










