PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana pukul 10.34 pagi tadi untuk ke Istana Negara. Tun Mahathir sempat melambai tangan kepada wartawan dan jurugambar ketika meninggalkan perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana tadi. Terdahulu, Tun Mahathir tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana itu pukul 8.26 pagi. Beberapa pemimpin DAP juga dilihat masuk ke bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana untuk bertemu dengan Dr. Mahathir dipercayai untuk membincangkan urusan kabinet.…










