PM Singapura harap dapat jumpa Tun M dalam waktu terdekat - Utusan Malaysia

PM Singapura harap dapat jumpa Tun M dalam waktu terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berharap dapat berjumpa dengan rakan sejawatannya yang baharu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tempoh terdekat.

Dalam catatan terbarunya di Facebook, Lee berkata, beliau telah menelefon Dr. Mahathir pagi ini untuk mengucapkan tahniah kepadanya atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Beliau sibuk mengadakan perjumpaan untuk pelantikan Kabinetnya! Saya mengucapkan yang terbaik kepada beliau dan kerajaannya dan berhadap dapat berjumpa beliau secara peribadi dalam masa terdekat sama ada di Kuala Lumpur atau di Singapura,” kata Lee dan mengakhiri catatannya dengan singkatan LHL.

Catatan beliau dilampirkan dengan  gambar beliau bersama Dr. Mahathir pada Rumah Terbuka Hari Raya di Johor Bahru pada Disember 2001, kira-kira 17 tahun lalu.

Pakatan Harapan yang diketuai Dr. Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Rabu lepas. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×