MARAN – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib kekal menduduki kerusi tersebut apabila menang dengan majoriti 3,763 dalam pertandingan tiga penjuru bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Ismail menewaskan calon PKR, Ahmad Farid Ahmad Nordin dan Hasenan haron (Pas). Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia itu memberitahu, kemenangan itu merupakan hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi pengundi di Parlimen Maran sejak…