GUA MUSANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) menutup satu lagi lorong di laluan Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini kepada semua kenderaan selepas mengesan lubang benam baharu. Pengarahnya, Nik Soh Yaacoub berkata, kejadian lubang benam itu dikesan sejak 12 September lalu di laluan jalan kebun berhampiran. “Berdasarkan laporan JKR Gua Musang, terdapat lubang benam baharu pada lokasi yang sama sepanjang 15 meter dan kedalaman 0.1…










