Trump ancam 'ambil alih' kawalan keselamatan Washington

Trump ancam ‘ambil alih’ kawalan keselamatan Washington

ANGGOTA Pengawal Kebangsaan meronda di jalan ke-14, bersama polis Metro Washington DC, di ibu negara. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berikrar akan mengisytiharkan darurat nasional dan meletakkan Washington di bawah kawalan persekutuan selepas Datuk Bandar, Muriel Bowser menyatakan polis bandar raya itu tidak akan bekerjasama dengan agensi Imigresen dan Kastam (ICE).

Ancaman Trump itu mencetuskan kebimbangan terhadap tindakan yang dianggap campur tangan berlebihan kerajaan persekutuan, ketika lebih 2,000 anggota tentera sudah dikerahkan mengawal bandar berkenaan.

Kenyataan itu dibuat susulan demonstrasi ribuan penunjuk perasaan awal bulan ini, membantah tindakan Trump menghantar Pasukan Pengawal Kebangsaan bagi memulihkan undang-undang, ketenteraman dan keselamatan awam, selepas beliau menyifatkan jenayah sebagai beban kepada ibu negara.

“Dalam tempoh beberapa minggu sahaja, keadaan berubah dan buat pertama kali dalam puluhan tahun, hampir tiada jenayah,” kata Trump menerusi platform Truth Social.

Pejabat Datuk Bandar Bowser belum memberi sebarang maklum balas berhubung kenyataan Trump itu.

Terdahulu, Trump meletakkan jabatan polis metropolitan di bawah kawalan terus kerajaan persekutuan serta mengerahkan anggota penguatkuasaan undang-undang persekutuan, termasuk daripada ICE untuk mengawal jalan raya.

Trump turut menuduh Demokrat mendesak Bowser agar tidak bekerjasama dengan ICE, sambil memberi amaran kadar jenayah akan melonjak semula jika kerjasama itu dihentikan.

“Jangan risau, saya bersama anda, saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Saya akan isytiharkan darurat nasional dan federalisasikan jika perlu,” tegasnya kepada penduduk dan peniaga Washington.

Bowser sebelum ini pernah memuji peningkatan kawalan penguatkuasaan undang-undang persekutuan oleh Trump yang membawa kepada penurunan mendadak kadar jenayah, malah pernah menandatangani arahan supaya bandar itu berkoordinasi dengan agensi persekutuan.

Pasukan Pengawal Kebangsaan lazimnya diletakkan di bawah kuasa gabenor 50 negeri, kecuali jika dipanggil untuk berkhidmat di peringkat persekutuan, namun untuk Washington, Pengawal Kebangsaan terus melapor kepada presiden.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN