Husam, Wan Rahim dilarang jejak kaki ke pejabat kerajaan, istana - Utusan Malaysia

Husam, Wan Rahim dilarang jejak kaki ke pejabat kerajaan, istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 29 Mei – Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dilarang daripada memasuki pusat pentadbiran negeri, Kompleks Kota Darulnaim, pejabat-pejabat kerajaan negeri serta istana di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pekeliling mengenai arahan tersebut yang telah diedarkan ke seluruh pejabat-pejabat kerajaan negeri berkuatkuasa 27 Mei dan ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Menurut arahan tersebut, kedua-dua individu berkenaan dilarang memasuki Kompleks Kota Darulnaim dan semua pejabat kerajaan negeri.

Mereka juga dilarang masuk tanpa kebenaran ke semua enam istana di negeri ini iaitu Istana Balai Besar, Istana Negeri Kubang Kerian, Istana Telipot, Istana Kota Lama, Istana Tumpat dan Istana Persinggahan Gua Musang.

Nazran ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, larangan itu dibuat selepas menerima arahan daripada pihak istana.

“Sebabnya tidak dinyatakan dan saya hanya bertindak mengikut arahan. Setakat ini, hanya nama mereka berdua sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Abdul Rahim ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu manakala Husam pula tidak menjawab mesej dan panggilan telefon.

Pada Februari lalu, Sultan Muhammad V berkenan menarik balik gelaran Datuk serta pingat yang dianugerahkan kepada Husam dan Wan Abdul Rahim tanpa dinyatakan sebab. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini