Generasi emas sandaran Uruguay - Utusan Malaysia

Generasi emas sandaran Uruguay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

URUGUAY tampil sebagai kuasa gergasi kejohanan Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mana pasukan kendalian Oscar Tabarez dilihat menjadi skuad pilihan untuk menjuarai Kumpulan A.

The Sky Blues layak ke kejohanan berprestij dunia tersebut dengan bermaruah apabila menjadi pasukan kedua terbaik Amerika Selatan dan hanya ketinggalan di belakang Brazil selain me­ngatasi Argentina dan Colombia pada aksi kelayakan.

Tabarez, 71, telah menabur bakti selama 12 tahun bersama Uruguay dan beliau bersama jurulatih Jerman, Joachim Low yang bakal menjadi pengendali paling lama berkhidmat bersama pasukan kebangsaan.

Melihat kembali perjalanan Uruguay, pasukan itu berjaya menduduki tangga keempat pada Piala Dunia 2010 Afrika Selatan sebelum dikecewakan pada aksi pusingan kalah mati di Brazil empat tahun lalu.

Kini, The Sky Blue menyandarkan generasi emas dengan me­nyaksikan gandingan mantap di bahagian pertahanan Diego Godin dan Jose Maria Gimenez, manakala Fernando Muslera dan Cristian Rodriguez sedang menikmati prestasi cemerlang.

Tidak lupa juga dua penyerang berbisa du­nia, Luis Suarez dan Edin­son Cavani yang sudah pasti menjadi harapan utama buat Uruguay untuk merobek gawang pasukan Kumpulan A terdiri daripada Mesir, Arab Saudi dan pasukan tuan rumah, Rusia.

Menurut pemerhati bola sepak Uruguay, Jose Luis Pertusatti, beliau percaya penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG), Suarez dan Cavani akan menjadi sandaran utama buat The Sky Blue mencipta kegemilangan bola sepak Uruguay di pentas Piala Dunia 2018.

“Sebenarnya rakyat Uruguay telah lama melihat Suarez dan Cavani adalah masa depan bola sepak negara kami.

“Kini, kami mahu melihat mereka menjadi sebahagian sejarah bersama Uruguay di pentas Piala Dunia 2018 di Rusia nanti. Uruguay kini mampu berdiri sebaris dengan kuasa gergasi bola sepak dunia lain.

“Mungkin tidak keterlaluan mengatakan bahawa Uruguay kini mengharapkan ‘generasi emas’ untuk melakukan sesuatu nanti dan saya percaya kami memiliki kemampuan untuk memenangi Piala Dunia kali ini.

“Uruguay memiliki ramai pemain-pemain berbakat, bukan sahaja Sua­rez dan Cavani tetapi keseluruhannya adalah pemain-pemain yang mampu menggalas tanggungjawab pada kejohanan berprestij dunia se­perti Piala Dunia.

“Jadi, saya bersama rakyat Uruguay optimis bahawa pasukan kebangsaan kami sudah bersedia untuk me­lakukan sesuatu iaitu memenangi Piala Dunia biarpun Brazil atau Argentina sebenarnya menjadi pasukan pilihan pada tahun ini,” katanya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN