Empat pemimpin DAP bertemu Tun Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Empat pemimpin DAP bertemu Tun Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Mei – para pemimpin DAP dilihat sekali lagi memasuki bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung, Lim Guan Eng; Timbalan Pengerusi, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi, Anthony Loke.

Difahamkan, pertemuan tersebut bertujuan memuktamadkan senarai nama bagi jawatan dalam Kabinet dari parti tersebut.

Dr. Mahathir dijangka keluar dari bangunan ini kira-kira pukul 11 pagi bagi menghadiri Mesyuarat Pengampunan berhubung pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×