ALOR SETAR 30 Mei – Penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kindness Malaysia tidak hanya tertumpu untuk membantu anak yatim, gelandangan mahupun golongan kurang berkemampuan semata-mata sebaliknya bertujuan mendidik masyarakat membuat kebaikan. Timbalan Pengerusi 1 Kindness Malaysia, Mohd. Azrul Mohd. Razak berkata, penubuhan NGO ini bagi mendidik masyarakat supaya melakukan apa sahaja kebaikan demi membantu golongan memerlukan. “Ramai yang berpendapat untuk membuat kebajikan atau kerja-kerja amal, perlu mempunyai wang yang banyak.…










