Brazil dibelasah di bumi sendiri - Utusan Malaysia

Brazil dibelasah di bumi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Piala Dunia 2014 merupakan igauan ngeri buat barisan pemain bintang Brazil selepas menjadi mangsa belasahan Jerman 1-7 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Belo Horizonte.

Kekalahan yang akan menjadi ingatan sepanjang hayat itu disifatkan Luiz Felipe Scolari sebagai ‘hari paling teruk dalam kehidupan’ dan ‘kekalahan memalukan’ dalam sejarah bola sepak Brazil.

Brazil begitu terdesak untuk menjuarai Piala Dunia kerana mereka dihantui kekalahan final Piala Dunia 1950 di Maracana.

Keputusan memalukan itu akan menjadi sebutan sepanjang berlangsungnya Piala Dunia selain akan turut menjadi bahan utama kepada setiap penyokong selain pengulas sukan.

Lebih 200 juta penyokong tuan rumah berharap untuk melihat pasukan mereka melangkah ke final namun dikecewakan di separuh akhir dengan keadaan yang sangat memalukan.

Perlawanan itu menyaksikan mereka mencatatkan defisit jaringan terbesar selepas tewas 0-6 kepada Uruguay di Copa America 1920 selain turut melenyapkan rekod tanpa kalah di laman sendiri.

“Saya mungkin akan diingati kerana saya kalah 1-7, kekalahan memalukan dalam sejarah bola sepak Brazil tetapi saya tahu risiko yang perlu dihadapi sejurus saya menerima jawatan ini,” kata Scolari.

Sementara itu, legenda Argentina, Diego Maradona juga tidak percaya dengan keputusan perlawanan itu dengan berkata: “Saya tidak suka Brazil sejak dari awal lagi, tetapi saya sama sekali tidak jangka Jerman akan menjadi begitu dominan dalam perlawanan itu.

Bukan itu sahaja, Piala Dunia 2014 juga merupakan penamat kepada era gemilang permainan tiki-taka.

Skuad Sepanyol kendalian Vicente del Bosque mungkin bukan lagi sebuah kuasa besar tetapi mereka menyertai kejohanan itu sebagai antara pasukan pilihan.

Sepanyol mendominasi dunia bola sepak selama enam tahun dengan merangkul dua kejuaraan Eropah dan Piala Dunia 2010 dengan menggunakan pemain sama.

Mereka tewas 1-5 kepaa Belanda dan gagal melepasi saingan peringkat kumpulan membuatkan ramai tertanya-tanya apakah masa depan buat pasukan itu.

Perlawanan itu meurpakan yang terakhir buat Xavi, Iker Casillas, David Villa dan Xabi Alonso.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN