MELAKA – Seorang bayi lelaki baru lahir ditemui ditinggalkan di dalam kotak di Masjid Ar-Rahman, Sungai Rambai di sini semalam. Bayi yang dibalut dengan kain itu dijumpai pada laluan pintu masuk masjid berkenaan oleh seorang jemaah wanita pada pukul 5.45 pagi sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada bilal. Turut diletakkan di dalam kotak tersebut botol susu dan bungkusan susu bayi. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bilal itu…










