ALOR SETAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau tidak menerima apa-apa surat pemecatan daripada UMNO mahupun Barisan Nasional walaupun Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim telah mengumumkan perkara itu semalam. Jelasnya, soal pemecatan sepatutnya tidak timbul memandangkan perkara itu tidak boleh diputuskan oleh seorang individu sahaja. “Tak ada surat… siapa yang pecat? Tak ada pemecatan.. bukan (pemecatan) boleh dilakukan oleh individu,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita…











