PUTRAJAYA 21 Mei – Warganegara Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo hari ini sekali lagi bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini.
Beliau kelihatan memasuki pekarangan bangunan menaiki kereta jenis Mercedes Benz pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari dan keluar pada pukul 2 petang.
Justo dilaporkan telah bertemu Dr. Mahathir, kelmarin.
Beliau merupakan orang penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebelum ini, beliau pernah didakwa berkongsi maklumat mengenai badan pelaburan berkenaan dengan Clare.
Selepas Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr. Mahathir mengarahkan siasatan 1MDB dibuka semula.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya hadir ke ibu pejabat itu, esok.
Siasatan pada hari Selasa ini dikatakan berkisar kepada anak syarikat 1MDB iaitu SRC International.











