ALOR GAJAH 9 Feb. – Kerajaan negeri kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang mencuri 53 biji kepala paip Masjid Ar-Rahman Parit Melana di sini yang baru dua minggu beroperasi. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau kecewa kerana kecurian itu berlaku pada saat-saat akhir sebelum masjid itu disiapkan sepenuhnya menyebabkan kerugian hampir RM8,000 bagi kos menggantikan peralatan tersebut. “Sepatutnya kejadian ini tidak berlaku kerana ia bukan budaya…











