FAMA tawar diskaun sehingga 20 peratus di pasar tani Sabah - Utusan Malaysia

FAMA tawar diskaun sehingga 20 peratus di pasar tani Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Para pengguna di negeri ini jangan lepaskan peluang membeli barang keperluan dapur pada kadar penjimatan antara lima hingga 20 peratus di semua pasar tani kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini mulai hari ini.

Tawaran diskaun istimewa yang diperkenalkan FAMA itu bersempena dengan pelancaran Program Jimat Belanja Dapur Pasar Tani FAMA Negeri Sabah pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin Yahya berkata, kerajaan negeri amat mengalu-alukan usaha FAMA melaksanakan program penjimatan bagi membantu masyarakat tempatan menangani kenaikan kos sara hidup.

“Golongan peniaga berpeluang menawarkan harga murah dan berpatutan kepada pengguna kerana urusan jual beli tidak melibatkan orang tengah. Semua yang dijual diperoleh terus dari ladang masing-masing.

“Diskaun istimewa ini adalah meliputi hasil pertanian dan produk makanan seperti sayur, buah-buahan, barang runcit dan barang kawalan (minyak masak, tepung), ayam segar (super), ikan dan produk proses (Agromas),” katanya hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur Pasar Tani FAMA Negeri Sabah di Pasar Tani Asia City di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN