PUTRAJAYA – Dua lelaki warga Pakistan ditahan setelah didakwa cuba mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dalam kejadian di perhentian bas di Presint 9(2) di sini semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, pada kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, ibu mangsa yang hendak mengambil anaknya dari sekolah telah dimaklumkan oleh seorang saksi di tempat kejadian bahawa anaknya telah diapit oleh dua lelaki tidak dikenali. “Berdasarkan…