Bakar kereta kerana berang dengan JPJ - Utusan Malaysia

Bakar kereta kerana berang dengan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzair Wan Sulaiman tidak menolak kemungkinan tindakan beberapa suspek membakar tiga buah kenderaan jabatan itu di Pusat Timbang Lori JPJ Kuala Kangsar awal pagi kelmarin disebabkan berang dengan agensi terbabit.

Wan Ahmad Uzair berkata, terdapat kesan pencerobohan di pagar kawasan berkenaan namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.36 pagi itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan kejadian semalam berpunca daripada rasa tidak puas hati tambahan pula melibatkan dua buah kenderaan klon jenis Volvo yang disita dan bukan kenderaan awam seperti laporan akhbar tempatan hari ini.

“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan ada kesan pencerobohan pada bahagian pagar kawasan berkenaan dan selebihnya kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya pada sidang akhbar Op Khas Tanjung 1/2018 di Stesen Penguatkuasaan JPJ Valdor di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan lima buah kenderaan iaitu dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner, sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dan tiga buah kereta orang awam musnah dijilat api dalam kejadian berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN