Terkejut anak pesan gelato berharga RM3,448 - Utusan Malaysia

Terkejut anak pesan gelato berharga RM3,448

CHRISTIAN King (baju biru) tidak sengaja memesan sejumlah gelato berharga AU$1,139 menggunakan telefon bimbit bapanya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun membuat keluarganya ‘tidak tentu arah’ selepas dia tidak sengaja memesan aiskrim gelato berharga AU$1,139 (RM3,448).

Christian King menggunakan telefon bapanya untuk memesan sejumlah gelato termasuk sebiji kek hari jadi untuk dirinya.

Bapanya, Kris King memberikan telefon bimbit kepada Christian supaya dia tidak mengganggu mereka sekeluarga yang ketika itu menyaksikan kakaknya bertanding dalam acara bola sepak.

“Christian ada memberitahu saya yang dia ada memesan makanan, namun saya tidak mempercayainya sehinggalah penghantar makanan UberEats menelefon isteri saya.

“Pada mulanya saya menyangka harga makanan yang dipesan Christian berharga AU$139 (RM421), namun saya tersilap tengok dan terkejut dengan pesanan itu,” katanya kepada The Guardian.

Kris memaklumkan, anaknya memesan sejumlah gelato termasuk sembilan bekas ais krim bersaiz 1.5 liter dan kek.

Lebih melucukan, Christian menetapkan alamat tempat bapanya bekerja iaitu di Balai Bomba Newtown untuk penghantaran kesemua gelato tersebut.

Sementara itu, UberEats bersetuju untuk memulangkan semula duit Kris selepas dia dan isterinya menjelaskan perkara yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya