Rekod 51 kes Covid-19, setengah juta penduduk di Zhejiang dikuarantin - Utusan Malaysia

Rekod 51 kes Covid-19, setengah juta penduduk di Zhejiang dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Wilayah ekonomi terpenting China, Zhejiang berdepan dengan penularan Covid-19 sehingga menyaksikan setengah juta penduduknya dikuarantin dan beberapa daerah ditutup.

Sebanyak 51 kes jangkitan dilaporkan di wilayah itu dengan 44 daripadanya merupakan kes tempatan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan hampir 200 sejak minggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan lebih 540,000 penduduk dikuarantin di Zhejiang.

Media China melaporkan, negara ini merekodkan kes jangkitan pertama Covid-19 melibatkan varian Omicron di bandar Tianjin.

Penganalisis ekonomi berpandangan, penutupan banyak kilang di Zhejiang bakal memberi kesan besar terhadap rangkaian bekalan bagi beberapa sektor, terutamanya melibatkan fiber dan tekstil. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN